Skip to main content

Kehidupan

Sibuk bekerja, mungkin pekara biasa. Mencari duit demi sesuap nasi. Bukan hanya untuk diri sendiri tetapi untuk seluruh ahli keluarga agar mereka terjaga.

Namun .. sibuk bekerja, memberi segala yang mereka mahu, tidak cukup untuk memuaskan hati mereka. Kebahagiaan ! Penting. Sangat penting.

...

Pagi apabila celik sahaja mata, rumah sunyi sepi. Tiada bunyi televisyen kedengaran, tiada keriuhan sebuah keluarga makan pagi bersama, tiada ketukan periuk di dapur bertungkus lumus menyediakan makanan .. tiada ! Sepi ~

Apa yang boleh diminta, duit ! Agar kebahagiaan boleh dicipta bersama orang lain. Mereka yang mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama. Hiburan dicari, dinikmati dan dihargai setiap detik. Tercipta memori satu per satu setiap detik, setiap masa, setiap hari. Bertahun-tahun sudah kini.

Dari kecil, dibiasakan hidup sebegini. Dibiarkan bersama orang yang dipercayai untuk ditemani. Tiada keluhan mahupun ungutan didengari. Hanya keredhaan meliputi diri. Biasa .. Sudah biasa ~

Orang sekeliling diberi kepercayaan sepenuhnya. Tersedar bahawa umur kian meningkat di kala ini. Barulah terdetik di hati, mengabaikan orang yang tersayang. Kenapa sekarang ?

Mereka dimarahi dan sangat tidak disenangi. Menyatakan membawa unsur-unsur negatif sudah menyelubungi diri ini. Padahal, kami cuma memberi kasih sayang antara kami, memberi perhatian antara satu sama lain, menolong susah dan senang bersama. Kenapa tidak memahami ?

Kenapa jadi begini ? Mengapa orang yang sepatutnya memberi kasih sayang, mendapatkan perhatian, memberi segala yang ada mengabaikan semuanya ? Apabila mendapat pengganti yang lain, dicemburui ? Kenapa tidak memahami kehendak hati ini ? Kenapa ?

Terlalu banyak kekecewaan dalam diri. Mengenangkan semua yang terjadi. Luaran mengukir senyuman, tabahkan hati.

Keseorangan .. lebih baik. Mungkin (?)

Comments

Popular posts from this blog

Tak payah baca pun tak apa

Hi korang, I'm back. Hmmmm, tak ada mood la harini. Oh wait, sejak bila eh tak ada mood ? Rasa since Isnin. Urgh I can't even remember what I'm doing on Monday. Aku kena recap balik ah apa aku buat. Yang aku ingat, aku down dua hari. Harini macam okay okay la. Tapi sebab tadi text dengan member then something happen, jadi down balik. Haih. Dah la. Taktau nak type apa lagi. Nanti sambung. K bye.

Boleh recycle tak blog ? #ytjt

Hi korang :) Rasa malu pulak (padahal bukan ada orang baca) tapi aku assume je ada orang baca. Hahaha. Kembali la ke blog ni setelah ditinggalkan 7 tahun. Its freaking 7 years since aku last blog. Time tu konon zaman zaman hype la blog blog ni. Blog siapa cantik apa semua. Zaman tu la. Tapi aku tak rasa sekarang orang blog lagi. Aku ? Basically aku bukak balik blog ni sebab ada banyak benda nak cerita. Before that, aku terasa nak blog kan, so aku ingat nak buat la blog baru ha, sekali google terus direct ke acc lama ni. So tak payah la aku nak buang masa pikiaq nama apa nak boh apa semua. Kita recycle je blog lama. Boleh kan ? Sebenarnya punca nak buat blog ni sebab bila dah besar ni, makin kurang dan payah nak bercerita kat orang. Lagi satu, kepercayaan nak cerita kat orang tu makin kurang. Kang beriya cerita masalah diri, dia bukannya dengar pun pastu tukar topik lain ke masalah dia pulak. Waaah, masalah aku pun tak settle dengar, nak mintak tolong advice kan masalah dia. Meman...

Heeyyy peeps :)